Thursday, July 19, 2012

Wednesday, February 29, 2012

Kursus Fasilitator murid Sekolah Rendah & Menengah Sahabat PETRONAS.

Pada 21-23 Feb yang lalu S/U PPDa iaitu Pn.Nik Norizan bt Che Rahani telah terpilih untuk mengikuti kursus Fasilitator di KEM BUMI JATI, Shah Alam. Seramai 100 orang murid yang terdiri daripada murid sekolah menengah dan rendah di sekitar negeri Selangor telah di pilih bagi mengikuti Kem tersebut. . Pn.Nik Norizan adalah antara 13 orang Jurulatih Utama (JU) yang terlibat sebagai Fasilitator dan bertanggungjawab menjalankan kursus tersebut kepada murid-murid yang terlibat. Salah seorang murid SK Ampang Campuran juga telah terpilih untuk mengikuti Kursus tersebut iaitu Adik Azi Alfian Bin Sapari dari kelas 5 Arif. Seramai 30 orang peserta/murid sekolah menengah telah terpilih bagi mengikuti kursus lanjutan pada 6-8 Mac 2012 nanti.



















Tuesday, February 28, 2012

LAWATAN KE SK SERI SERDANG










Lawatan ini sangat membantu SK Ampang Campuran dalam proses penambahbaikan bilik dan lorong PPDa di sekolah ini. Pihak SK Ampang Campuran mengucapkan Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya masuk bertanding ke peringkat Kebangsaan.Harap SK Ampang Campuran mampu mencipta nama di peringkat kebangsaan juga suatu hari nanti.Amin

S/U PPDa MENGIKUTI KURSUS DI PULAU PANGKOR SEBAGAI JU SAHABAT PPDa PETRONAS PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Gambar aktiviti di DJ HOLIDAY, PULAU PANGKOR.





KARNIVAL ANTI DADAH PPDa 26 SEPTEMBER 2011

      Pada 26 September 2011, SK Ampang Campuran telah mengadakan Karnival Pencegahan dadah PPDa dengan kerjasama daripada pihak luar seperti :
Ø  AADK
Ø  KLINIK CURE & CARE 1 MALAYSIA
Ø  MPAJ
Ø  ZAITON SAMEON
Ø  BANK RAKYAT
Ø  TABUNG HAJI
Ø  PIBG SK AMPANG CAMPURAN 

Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang Karnival berlangsung  :

                                       1 Ucapan Pengerusi Majlis
               2 Ucapan YDP PIBG
               3 Ucapan Puan Guru Besar
               4 Acara Pertunjukan Lawan Pedang oleh MPAJ
               5 Persembahan Pentas
Ø  Nyanyian oleh Zaiton Sameon
Ø  Boria oleh Murid SK Ampang
Ø  Tarian oleh murid SK Ampang Campuran
  6 Perkongsian Pengalaman Ketagihan Dadah dari AADK
  7 Lawatan ke bilik kraftangan & tapak pameran
              8 Lawatan ke lorong PPDa
  9 Lawatan ke Bilik PPDa
 10Jamuan di Bilik Mesyuarat

Objektif dan Matlamat Program ini :


      MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.
Menambah ilmu dan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah.
Menghindar diri dari penyalahgunaan dadah.

       OBJEKTIF              

Mendedahkan murid dengan bahayanya najis dadah.
Mendedahkan murid dengan pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah.
Melatih dalam diri murid-murid agar mereka boleh menjadi individu yang boleh bercerita  dengan kawan-kawan mereka tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

 Gambar-gambar SEBELUM dan SEMASA Karnival di jalankan

SEBELUM :



























SELEPAS :





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...