PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kesejahteraan murid dari segi rohani dan jasmani.Usaha-usaha untuk melahirkan murid yang berkeperibadian unggul sentiasa dipertingkatkan. Sekolah merupakan institusi yang penting dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah.
selaras dengan matlamat itu, Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Ampang Campuran telah di wujudkan bagi menghindarkan murid-murid terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadh.Bagi menjayakan program ini beberapa komponen pengurusan telah dijalankan seperti menubuhkan jawatankuasa pelaksana di peringkat sekolah, menyenaraikan tugas dan peranan jawatankuasa, merancang dan melaksanakan program / aktiviti PPDa, membuat pemantauan dan menyediakan laporan.
Matlamat PPDa ialah untuk memberikan pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru-guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahayanya dadah.SK Ampang Campuran meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah 2012"
VISI & MISI
- VISI = SEKOLAH BEBAS DADAH
- MISI =
- MEMBERI PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN KEINSAFAN KEPADA MURID, GURU-GURU DAN IBU BAPA AKAN BAHAYANYA DADAH.
- MENYEDIAKAN PELBAGAI SUMBER INFORMASI BERKAITAN DADAH
- MENJALINKAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN AGENSI NGO DAN SUKARELA.
No comments:
Post a Comment